Tanggal 24hb Januari 2009, kembalinya Kalsom binti Maimunah ke Rahmatullah, beliau merupakan nenek kepada aku. Sepanjang hidupnya dia sangatlah cekal mendidik anak2nya seramai 9 orang, sesudah kematian suami di usia yang muda. Walaubagaimanapun beliau tetap berjaya mendidik anaknya yang akhirnya seorang darinya berjaya sampai ke menara gading. Nenek aku seorang yang sangat kuat agama. Dialah yang mengajar aku mengenal al-Quran. Dialah yang pertama mengajar aku belajar muqaddam. Apabila mengajar dia memang tersangat tegas. Tapi sesudah itu, dia merupakan nenek yang sangat penyayang.
Aku pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Memang niat dihati nak pergi melawat dia. memang sebelum ni dia mengalami strok. Tapi tidaklah terlalu teruk, sebab dia masih boleh berjalan, cuma percakapannya sahaja yang agak kurang jelas, sebab kesukaran dia untuk mengingat sesuatu perkataan. Walaubagaimanapun arwah tetap cekal, dia tak pernah tinggalkan solat, walaupun dia sukar untuk mengingat kembali bacaan Al-fatihah, tapi dia tetap meneruskan solatnya. Cuma di saat akhir hayatnya, dia mengadu sudah tidak lagi mengingati bacaan al-fatihah, sebagai menggantikannya, dia berzikir dan banyak beristighfar. Kalau mengikut hukum sekalipun dia memang tidak lagi wajib menunaikan solat.
Namun di saat kematiannya, nenek aku sempat memegang tasbih sambil berzikir, pada waktu yang sama dia mendengar Pakcik aku mengajar anaknya membaca al-Quran. Tiba2 sewaktu cuba mengambil air kerana kehausan, terus dia menggelongsor dari bantal dan menghadapi sakaratul maut yang amat singkat. Alhamdulillah di asempata melafazkan Shahadah di saat2 akhir.
Aku mendapat berita mengenai nenek aku yang nazak dari abang sedara aku yang pergi ke rumah aku. Walaubagaimanapun sewaktu aku, mak dan adik2 yang lain kami diberitahu nenek sudah pun pergi bertemu yang Maha Esa. Sewaktu aku sampai, aku sempat menyentuh badannya yang masih panas. Kalau diamati memang seperti orang sedang nyenyak tidur. Kemudian aku bersama yang lain mengangkat dia ke bilik air, kemudian kaum wanita membasuh sebarang najis yang masih terdapat di mayat nenek aku. Perkara ini dilakukan supaya mayat tersebut bolehlah sedia untuk dilawati dan dibacakan ayat2 al-Quran.
Setelah aku selesai solat Isya' terus aku mengambil senaskhah al-Quran dan membacakan surah Yasin, Al-Mulk, Al-Kahfi dan al-Hujurat. Kemudian cucu-cucu nenek aku yang lain bersama-sama membacakan ayat-ayat al-Quran. Setelah itu, aku pun pulang ke rumah untuk mandi, setelah itu aku pun kembali ke rumah nenek aku. Aku terus memulakan bacaan al-Quran dari juzuk satu, sehingga juzuk dua. Kemudian disambung sehingga habis 30 juzuk sehingga keesokan paginya oleh pelajar2 pondok agama. Sesudah menunaikan solat subuh, aku bergegas ke rumah nenek aku dan menyambung bacaan al-Quran lagi.
Ada satu keajaiban berlaku, ketika aku leka membaca al-Quran aku terlihat seolah-olah bayangan mengunjungi jenazah, aku juga terasa seolah-olah arwah nenek aku masih hidup. Kejadian yang sama turut dialami adik dan abang aku. Adik aku tercium bau yang sangat wangi ketika membaca al-Quran. Keajaiban yang betul2 berlaku adalah, sebelum itu cuaca di kampung sangatlah panas, tak semena-mena hanya selepas beberapa minit pemergian nenek aku, hujan renyai2 turun, gerimis tersebut turun sepanjang malam. Namun sewaktu jam 10.30 pagi keesokannya, hujan turun dengan lebat sekali, aku terfikir kalo beginilah lebat hujan nanti habis basah kuyup sesiapa yang mengiringi jenazah nanti. Apabila tepat jam 12 tengahari, tiba2 hujan terus berhenti dapat dilihat sinar matahari.
Ya Allah, aku berkata betapa bertuahnya nenek aku mendapat berkat sebegini. Aku pun turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Sepanjang hidup arwah memang dia seorang yang kuat pegangan agamanya, selalu berzikir di waktu kelapangan. Apabila dilihat mayat beliau berwarna kekuningan menunjukkan petanda yang amat baik, mayatnya nampak tenang dan seolah-olah dia puas, dan redha untuk meninggalkan dunia ini. Aku pun turut sama merasakan sedemikian, aku tak terlalu sedih, begitu juga anak2 nya yang lain. Mereka semua nampak redha dan bersyukur kerana arwah nenek aku pergi dengan tenang.
Al-Fatihah untuk nenek aku. Semoga rohnya tenang disamping roh para anbia', wali2, shuhada', dan orang2 yang soleh.
1 comment:
Salam ! saje je jengok blog lain..noting to comment pon..:)..am a new blogger..
Post a Comment