Tanggal 24hb Januari 2009, kembalinya Kalsom binti Maimunah ke Rahmatullah, beliau merupakan nenek kepada aku. Sepanjang hidupnya dia sangatlah cekal mendidik anak2nya seramai 9 orang, sesudah kematian suami di usia yang muda. Walaubagaimanapun beliau tetap berjaya mendidik anaknya yang akhirnya seorang darinya berjaya sampai ke menara gading. Nenek aku seorang yang sangat kuat agama. Dialah yang mengajar aku mengenal al-Quran. Dialah yang pertama mengajar aku belajar muqaddam. Apabila mengajar dia memang tersangat tegas. Tapi sesudah itu, dia merupakan nenek yang sangat penyayang.
Aku pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Memang niat dihati nak pergi melawat dia. memang sebelum ni dia mengalami strok. Tapi tidaklah terlalu teruk, sebab dia masih boleh berjalan, cuma percakapannya sahaja yang agak kurang jelas, sebab kesukaran dia untuk mengingat sesuatu perkataan. Walaubagaimanapun arwah tetap cekal, dia tak pernah tinggalkan solat, walaupun dia sukar untuk mengingat kembali bacaan Al-fatihah, tapi dia tetap meneruskan solatnya. Cuma di saat akhir hayatnya, dia mengadu sudah tidak lagi mengingati bacaan al-fatihah, sebagai menggantikannya, dia berzikir dan banyak beristighfar. Kalau mengikut hukum sekalipun dia memang tidak lagi wajib menunaikan solat.
Namun di saat kematiannya, nenek aku sempat memegang tasbih sambil berzikir, pada waktu yang sama dia mendengar Pakcik aku mengajar anaknya membaca al-Quran. Tiba2 sewaktu cuba mengambil air kerana kehausan, terus dia menggelongsor dari bantal dan menghadapi sakaratul maut yang amat singkat. Alhamdulillah di asempata melafazkan Shahadah di saat2 akhir.
Aku mendapat berita mengenai nenek aku yang nazak dari abang sedara aku yang pergi ke rumah aku. Walaubagaimanapun sewaktu aku, mak dan adik2 yang lain kami diberitahu nenek sudah pun pergi bertemu yang Maha Esa. Sewaktu aku sampai, aku sempat menyentuh badannya yang masih panas. Kalau diamati memang seperti orang sedang nyenyak tidur. Kemudian aku bersama yang lain mengangkat dia ke bilik air, kemudian kaum wanita membasuh sebarang najis yang masih terdapat di mayat nenek aku. Perkara ini dilakukan supaya mayat tersebut bolehlah sedia untuk dilawati dan dibacakan ayat2 al-Quran.
Setelah aku selesai solat Isya' terus aku mengambil senaskhah al-Quran dan membacakan surah Yasin, Al-Mulk, Al-Kahfi dan al-Hujurat. Kemudian cucu-cucu nenek aku yang lain bersama-sama membacakan ayat-ayat al-Quran. Setelah itu, aku pun pulang ke rumah untuk mandi, setelah itu aku pun kembali ke rumah nenek aku. Aku terus memulakan bacaan al-Quran dari juzuk satu, sehingga juzuk dua. Kemudian disambung sehingga habis 30 juzuk sehingga keesokan paginya oleh pelajar2 pondok agama. Sesudah menunaikan solat subuh, aku bergegas ke rumah nenek aku dan menyambung bacaan al-Quran lagi.
Ada satu keajaiban berlaku, ketika aku leka membaca al-Quran aku terlihat seolah-olah bayangan mengunjungi jenazah, aku juga terasa seolah-olah arwah nenek aku masih hidup. Kejadian yang sama turut dialami adik dan abang aku. Adik aku tercium bau yang sangat wangi ketika membaca al-Quran. Keajaiban yang betul2 berlaku adalah, sebelum itu cuaca di kampung sangatlah panas, tak semena-mena hanya selepas beberapa minit pemergian nenek aku, hujan renyai2 turun, gerimis tersebut turun sepanjang malam. Namun sewaktu jam 10.30 pagi keesokannya, hujan turun dengan lebat sekali, aku terfikir kalo beginilah lebat hujan nanti habis basah kuyup sesiapa yang mengiringi jenazah nanti. Apabila tepat jam 12 tengahari, tiba2 hujan terus berhenti dapat dilihat sinar matahari.
Ya Allah, aku berkata betapa bertuahnya nenek aku mendapat berkat sebegini. Aku pun turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Sepanjang hidup arwah memang dia seorang yang kuat pegangan agamanya, selalu berzikir di waktu kelapangan. Apabila dilihat mayat beliau berwarna kekuningan menunjukkan petanda yang amat baik, mayatnya nampak tenang dan seolah-olah dia puas, dan redha untuk meninggalkan dunia ini. Aku pun turut sama merasakan sedemikian, aku tak terlalu sedih, begitu juga anak2 nya yang lain. Mereka semua nampak redha dan bersyukur kerana arwah nenek aku pergi dengan tenang.
Al-Fatihah untuk nenek aku. Semoga rohnya tenang disamping roh para anbia', wali2, shuhada', dan orang2 yang soleh.
Dieses Blog ist alle um mich und mich selbst, gibt es nichts, mit jemandem anders oder anderen zu machen, in der Fallähnlichkeit es nur einen Unfall gibt
Tuesday, January 27, 2009
Tuesday, January 20, 2009
8-3
Huhuhuhu hari tamatlah sudah tournament tenis, aku mendapat tempat keempat. Tapi aku tak kesah sangat. Actually banyak faktor yang mengundang kekalahan tu.
1- Baru jer lepas surgery kat mulut (cabut gigi graham bongsu, siap stitching, and still bengkak)
2- Sebabkan cabut gigi tu, aku rehat selama 4 hari tanpa melakukan sebarang aktiviti untuk menguatkan stamina e.g; hiking, swimming. So memang mandomla aku kan. Normally sehari sebelum tenis memang aku akan hiking nak menguatkan stamina
3- Raket yang aku salu main tu putus tali. Ni la faktor utama kekalahan aku. Dengan raket tu la aku boleh serve kencang and spinning bola, mmg susah orang nak amik. Tapi tadi memang biase sangat bola tu.
4- Opponet aku tiba2 dapat semngat lebih, biasenye kalo main hampeh jer. Ni teiba aku bagi bola payah cmner pun dia tetap leh amik. Nak wat cmner dah rezki dia kan. hehehehe
Anyway aku tak kesah sangat, sebab my teamate dah jadi champion untuk single. So apa2 pun, kami tetap overall champion. Hhehehehehehehe
1- Baru jer lepas surgery kat mulut (cabut gigi graham bongsu, siap stitching, and still bengkak)
2- Sebabkan cabut gigi tu, aku rehat selama 4 hari tanpa melakukan sebarang aktiviti untuk menguatkan stamina e.g; hiking, swimming. So memang mandomla aku kan. Normally sehari sebelum tenis memang aku akan hiking nak menguatkan stamina
3- Raket yang aku salu main tu putus tali. Ni la faktor utama kekalahan aku. Dengan raket tu la aku boleh serve kencang and spinning bola, mmg susah orang nak amik. Tapi tadi memang biase sangat bola tu.
4- Opponet aku tiba2 dapat semngat lebih, biasenye kalo main hampeh jer. Ni teiba aku bagi bola payah cmner pun dia tetap leh amik. Nak wat cmner dah rezki dia kan. hehehehe
Anyway aku tak kesah sangat, sebab my teamate dah jadi champion untuk single. So apa2 pun, kami tetap overall champion. Hhehehehehehehe
Monday, January 19, 2009
Dilema Tenis dan Gigi
Huhu esok aku kena main tenis untuk penentuan tempat ketiga dan keempat, almaklumla aku dah kalah kt semifinal last week, tapi yang problemnya masalah gigi dan gusi yg bengkak kesan kena cabut gigi last friday masih menghantui aku. Harap2 semuanya okla. By right memang aku kena kuatkan stamina hari ni, tapi sakit gigi punya pasal, aku stay kat rumah jer.. Esok.. hurm tawakal jele.. ade rezki adele... tapi tak kesah sangat.. sebab my teamate dah masuk final.. Apa2 pun kami tetap overall champion. Hehehhehehehe
Friday, January 16, 2009
Cabut gigi
Hari ni aku pi cabut, sepatutnya aku keja shift petang, tapi dh tak tahan sangat pi la klinik gigi. Mati2 aku ingatkan kena tampal jer, yg bestnya aku ingatkan gigi sebelum graham bongsu yg sakit. Tapi dktor tu kata graham bongsu aku tu yg dh berlubang teruk. Banyak sisa makanan dalam tu. Yang bestnya, sebelum ni aku pun dok ingat gigi yg atas yg sakit. Tu la panahan gigi beraham bongsu, kesakitannya merangkumi gigi2 yang lain. Tiap kali sakit mesti pening kepala, nak tido pun tak lena. Amik pain killer pun lum tentu elok lagi. Lama gak tadi prosedur dia, mula2 kena cuck pelali la, pastu kena longgarkan tulang, then baru cabut. Dah tu kena jahit plak. Now mmg bengkakla kawasan gigi aku tu. Nk bercakap mmg tak selesa. Esok kena g jumpa doktor lagi, nak buat follow up. Siap dia bagi antibiotik dan pain killer. Semua kos dia RM280. Cash aku mmg tak cukup, kt klinik tu plak takde Credit Card. Terpaksala pi pinjam dgn my fren yang bawa aku pi klinik tadi.
Thursday, January 15, 2009
Tennis Tournament
Kelmarin dan semalam aku join tennis tournament, anjuran organisasi tempat kerja aku. Pertandingan dibuat diantara zon, fuh lega Zon kami menjadi juara keseluruhan walopon final untuk single belum lagi dilangsuungkan. Aku dengan partner aku juara untuk double, and unlucky aku kandas untuk semifinal single. Yela sehari sebelum tu aku dah menang double, mmg banyak game nak kena main. Yang bestnyer aku dh leading untuk single tu 5-1, kami main pro-set, sape dapat 8 dia yg menang, alih2 aku kena beat 8-6 hahaha. So unlucky. Perlawanan plak sampai sejam lebih, mmg penat gilerla. My opponent just join single jer, energy dia kuatla (huhu alasan sebab dah kalah hehe), tapi takpe my partner berjaya masuk ke final. So next week penentuan final dan aku plak terlibat gak untuk ketiga dan keempat. Mmg pnt sgt2, kulit pun hitam sbb main tgh panas. Kul 12 tghari main. Bayangkanla. Anyway kami tetap juara keseluruhan walopon partner aku kalah di perlawanan akhir nanti.
Subscribe to:
Posts (Atom)