Friday, November 6, 2009

4 golongan lelaki yang berada di neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya member kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.. kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

Wednesday, October 7, 2009

5 Surprising Ways to Get More Energy

1. Change your socks. I know, odd, right? I read about this one over at Zen Habits. The advice is to bring an extra pair of socks to work and sometime around 3 p.m. when you hit your slump, take off your shoes and socks (and maybe air out your feet for a sec if you have a private office; if you don't, that would be a nada) and then put a fresh pair of socks on. Voila! "You'll be amazed at how much fresher you'll feel," write the Zen Habits bloggers. "This trick is especially handy on days with lots of walking."

2. Rethink your workout time. If you tend to work out at night, it might be messing with your sleep. Here's why: Experts believe that people who work out too close to their bedtimes may flood their brains with stress hormones that can make it hard to fall asleep. A workout doesn't do a body good when it leaves you sluggish and exhausted the next day because it prevented you from getting enough sleep.

3. Eat chia seeds. Favored by the Aztecs for their energy-boosting qualities, you can add these little seeds (P.S. we're not talking about the Chia Pet here) to all kinds of snacks and recipes. Here's a chia seed muffin recipe that looks interesting.

4. Sniff some citrus. Past research indicates that citrus-scented essential oils or lotions can boost alertness. There, you have an excuse to shop for some grapefruit-scented lotion!

5. Get on your toes.
If you're feeling sleepy at your desk, take the advice of Connie Tyne, executive director of the Cooper Wellness Program in Dallas, who says the best way to wake up your circulatory system is to roll up and down on your toes. "As the blood starts flowing, more nourishing oxygen and glucose are transported throughout your body -- so you feel more energized," said Tyne, to Quick&Simple.

Sunday, September 27, 2009

Ceria


Saja test gambar berlari

Sapa sampai dulu dapat duit raya banyak





Hehe sampai terbang tu






Akhirnya sampai gak ke destinasi.




This is what we call posing, hehe

Saja nak test flash light baru, so mintakla anak menakan aku posing, hehe.














Ceria di malam raya














































Untuk tatapan pic2 ceria di malam hari raya.

Raya 2009

Ingatkan dapatla amik gambar satu famili, ade gak yg tertinggal, abang aku sorg takde, mcm biase tetap beraya kat kampung isteri dia kat Sik mcm tahun lepas gak.


Cucu2 mak ayah aku, ade lagi 4 orang yang takde dalam pic nih.


Anak2 lelaki


Anak2 perempuan, yang baju lain tema tu kak ipar aku


Aku dengan anak2 sedara, hurm bila nak dapat anak sendiri nie.. hehe


Raya tahun ni ok jele.. takla meriah sangat.. aku tak balik pun kampung aku.. biasenye every year memang akan g ke kampung dulu. Sebab tahun ni nenek aku dah meninggal, so macam malas je nk balik kampung, abang ipar aku pun sama, meninggal gak.. kalo tengok dalam pic raya last year, dia yang dukung anak tu. Meninggal pasal excident treler. Sedih gakla.. sian kt anak2 dia. Tapi adele aku beli baju raya untuk anak2 dia. Sianla kan. Anak2 yatim perlu dibahagiakan, dapat pahala. Adele sikit pic untuk dimasukkan untuk tatapan raya tahun ni. Tema baju coklat

Friday, July 17, 2009

Kenali Lelaki Melalui Pergerakan

Mengganggukkan Kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan Badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan Tangan Dan Badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka Berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.


Memandang Mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif Pada Jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru Gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Saturday, July 11, 2009

Sorry

Aku dengan ini menarik balik kata-kata hipokrit yang aku hamburkan, aku minta maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan gaya penulisan aku sebelum ini. Persahabatan itu amatlah penting, bukan kerana untuk dipandang dari segi material tapi dari sudut yang lebih dalam, iaitu hati. Aku memang tak pernah lupa mendoakan kebaikan untuk sahabat ketika aku berkesempatan menunaikan umrah tempoh hari. Kepada yang memikirkan aku ini sahabat aku harap biarlah keikhlasan dalam persahabatan itu sentiasa dipupuk, disemai dan dikunci di dalam hati.

Sorry to my dearest friend.

Tuesday, April 14, 2009

Pendakian ke Gunung Kinabalu
















Tanggal 4 April 2009 aku telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu. Penat tu jangan cakapla. Tapi semangat punya pasal akahirnya tepat jam 6.30pagi 5 April 2009 aku berjaya menakluk Low's Peak iaitu puncak tertinggi di Gunung Kinabalu. huhu bangga gak aku. Mula2 tu rasa macam tak mampu je. Hasil sokongan kawan2 yang lain akhirnya aku yg berbadan agak gempal dan berat 84kg ni mampu gak naik gunung hehehehhe. Banyak pic2 menarik. Tengoklah ye.

St. John Peak- Gunung Kinabalu


DSC_0423
Originally uploaded by Mus Nakal
Salah satu peak di Gunung Kinabalu, tengokla pada rupa peak tu betul2 ade rupa monyet.

Bandar Kundasang


Bandar Kundasang
Originally uploaded by Mus Nakal
Pemandangan bandar kundasang dari atas gunung

Monday, March 23, 2009

Progress untuk bakal rumah aku











Pic ni actually aku snap last week. Dah banyak dah progress untuk bakal rumah yang aku nak duduk nanti. Tapi yang tensennye, urusan guaman ni terlalu slow. Rase dah dekat 3 minggu aku tunggu belum gak selesai. Padahal pakai lawyer penaju tu. Berikut ni adele ckit pic2 terbaru yang aku sempat snap untuk tatapan korang sumer.

Friday, March 6, 2009

Beli rumah





























Alhamdulillah hari ni, aku sudahpun menandatangani S&P untuk membeli rumah di Penang ni. Dalam recession pun aku boleh buat keputusan untuk membeli rumah tu. Actually dah lama plan nak beli rumah tu. Harga asal adalah rm160k, tapi sebab terlambat punya pasal harga rumah pun dah makin naik. now dah jadi rm187k. Kira okla janji lepas ni adalah tempat yang selesa untuk berlindung. Rumah kalo mengikut agreement seluas 960sq feet. Kira besar jugakla. tapi tak tahula realitinya cmne. Rumah tu now dah 35% siap. Dijangka siap sepenuhnya tahun 2010. Dan OC dijangka dapat 2011. Huhu kalo nak diikutkan lama gak tu. Tak tahula. Harap2 semuanya berjalan lancar seperti yg dirancangkanla.

Thursday, February 19, 2009

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat.

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)
3. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalm shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah.Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah.Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)
9. Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang makan sahur.Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Wednesday, February 4, 2009

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu engapa Yahudi Bijak? . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku
metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, Ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. Ironi nya, pemilik & pengeluar rokok terbesar adalah…. (tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negera Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh (firaun) hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Tuesday, January 27, 2009

Berita sedih - Pemergian nenek tercinta

Tanggal 24hb Januari 2009, kembalinya Kalsom binti Maimunah ke Rahmatullah, beliau merupakan nenek kepada aku. Sepanjang hidupnya dia sangatlah cekal mendidik anak2nya seramai 9 orang, sesudah kematian suami di usia yang muda. Walaubagaimanapun beliau tetap berjaya mendidik anaknya yang akhirnya seorang darinya berjaya sampai ke menara gading. Nenek aku seorang yang sangat kuat agama. Dialah yang mengajar aku mengenal al-Quran. Dialah yang pertama mengajar aku belajar muqaddam. Apabila mengajar dia memang tersangat tegas. Tapi sesudah itu, dia merupakan nenek yang sangat penyayang.

Aku pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Memang niat dihati nak pergi melawat dia. memang sebelum ni dia mengalami strok. Tapi tidaklah terlalu teruk, sebab dia masih boleh berjalan, cuma percakapannya sahaja yang agak kurang jelas, sebab kesukaran dia untuk mengingat sesuatu perkataan. Walaubagaimanapun arwah tetap cekal, dia tak pernah tinggalkan solat, walaupun dia sukar untuk mengingat kembali bacaan Al-fatihah, tapi dia tetap meneruskan solatnya. Cuma di saat akhir hayatnya, dia mengadu sudah tidak lagi mengingati bacaan al-fatihah, sebagai menggantikannya, dia berzikir dan banyak beristighfar. Kalau mengikut hukum sekalipun dia memang tidak lagi wajib menunaikan solat.

Namun di saat kematiannya, nenek aku sempat memegang tasbih sambil berzikir, pada waktu yang sama dia mendengar Pakcik aku mengajar anaknya membaca al-Quran. Tiba2 sewaktu cuba mengambil air kerana kehausan, terus dia menggelongsor dari bantal dan menghadapi sakaratul maut yang amat singkat. Alhamdulillah di asempata melafazkan Shahadah di saat2 akhir.

Aku mendapat berita mengenai nenek aku yang nazak dari abang sedara aku yang pergi ke rumah aku. Walaubagaimanapun sewaktu aku, mak dan adik2 yang lain kami diberitahu nenek sudah pun pergi bertemu yang Maha Esa. Sewaktu aku sampai, aku sempat menyentuh badannya yang masih panas. Kalau diamati memang seperti orang sedang nyenyak tidur. Kemudian aku bersama yang lain mengangkat dia ke bilik air, kemudian kaum wanita membasuh sebarang najis yang masih terdapat di mayat nenek aku. Perkara ini dilakukan supaya mayat tersebut bolehlah sedia untuk dilawati dan dibacakan ayat2 al-Quran.

Setelah aku selesai solat Isya' terus aku mengambil senaskhah al-Quran dan membacakan surah Yasin, Al-Mulk, Al-Kahfi dan al-Hujurat. Kemudian cucu-cucu nenek aku yang lain bersama-sama membacakan ayat-ayat al-Quran. Setelah itu, aku pun pulang ke rumah untuk mandi, setelah itu aku pun kembali ke rumah nenek aku. Aku terus memulakan bacaan al-Quran dari juzuk satu, sehingga juzuk dua. Kemudian disambung sehingga habis 30 juzuk sehingga keesokan paginya oleh pelajar2 pondok agama. Sesudah menunaikan solat subuh, aku bergegas ke rumah nenek aku dan menyambung bacaan al-Quran lagi.

Ada satu keajaiban berlaku, ketika aku leka membaca al-Quran aku terlihat seolah-olah bayangan mengunjungi jenazah, aku juga terasa seolah-olah arwah nenek aku masih hidup. Kejadian yang sama turut dialami adik dan abang aku. Adik aku tercium bau yang sangat wangi ketika membaca al-Quran. Keajaiban yang betul2 berlaku adalah, sebelum itu cuaca di kampung sangatlah panas, tak semena-mena hanya selepas beberapa minit pemergian nenek aku, hujan renyai2 turun, gerimis tersebut turun sepanjang malam. Namun sewaktu jam 10.30 pagi keesokannya, hujan turun dengan lebat sekali, aku terfikir kalo beginilah lebat hujan nanti habis basah kuyup sesiapa yang mengiringi jenazah nanti. Apabila tepat jam 12 tengahari, tiba2 hujan terus berhenti dapat dilihat sinar matahari.

Ya Allah, aku berkata betapa bertuahnya nenek aku mendapat berkat sebegini. Aku pun turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Sepanjang hidup arwah memang dia seorang yang kuat pegangan agamanya, selalu berzikir di waktu kelapangan. Apabila dilihat mayat beliau berwarna kekuningan menunjukkan petanda yang amat baik, mayatnya nampak tenang dan seolah-olah dia puas, dan redha untuk meninggalkan dunia ini. Aku pun turut sama merasakan sedemikian, aku tak terlalu sedih, begitu juga anak2 nya yang lain. Mereka semua nampak redha dan bersyukur kerana arwah nenek aku pergi dengan tenang.

Al-Fatihah untuk nenek aku. Semoga rohnya tenang disamping roh para anbia', wali2, shuhada', dan orang2 yang soleh.

Tuesday, January 20, 2009

8-3

Huhuhuhu hari tamatlah sudah tournament tenis, aku mendapat tempat keempat. Tapi aku tak kesah sangat. Actually banyak faktor yang mengundang kekalahan tu.

1- Baru jer lepas surgery kat mulut (cabut gigi graham bongsu, siap stitching, and still bengkak)
2- Sebabkan cabut gigi tu, aku rehat selama 4 hari tanpa melakukan sebarang aktiviti untuk menguatkan stamina e.g; hiking, swimming. So memang mandomla aku kan. Normally sehari sebelum tenis memang aku akan hiking nak menguatkan stamina
3- Raket yang aku salu main tu putus tali. Ni la faktor utama kekalahan aku. Dengan raket tu la aku boleh serve kencang and spinning bola, mmg susah orang nak amik. Tapi tadi memang biase sangat bola tu.
4- Opponet aku tiba2 dapat semngat lebih, biasenye kalo main hampeh jer. Ni teiba aku bagi bola payah cmner pun dia tetap leh amik. Nak wat cmner dah rezki dia kan. hehehehe

Anyway aku tak kesah sangat, sebab my teamate dah jadi champion untuk single. So apa2 pun, kami tetap overall champion. Hhehehehehehehe

Monday, January 19, 2009

Dilema Tenis dan Gigi

Huhu esok aku kena main tenis untuk penentuan tempat ketiga dan keempat, almaklumla aku dah kalah kt semifinal last week, tapi yang problemnya masalah gigi dan gusi yg bengkak kesan kena cabut gigi last friday masih menghantui aku. Harap2 semuanya okla. By right memang aku kena kuatkan stamina hari ni, tapi sakit gigi punya pasal, aku stay kat rumah jer.. Esok.. hurm tawakal jele.. ade rezki adele... tapi tak kesah sangat.. sebab my teamate dah masuk final.. Apa2 pun kami tetap overall champion. Hehehhehehehe

Friday, January 16, 2009

Cabut gigi

Hari ni aku pi cabut, sepatutnya aku keja shift petang, tapi dh tak tahan sangat pi la klinik gigi. Mati2 aku ingatkan kena tampal jer, yg bestnya aku ingatkan gigi sebelum graham bongsu yg sakit. Tapi dktor tu kata graham bongsu aku tu yg dh berlubang teruk. Banyak sisa makanan dalam tu. Yang bestnya, sebelum ni aku pun dok ingat gigi yg atas yg sakit. Tu la panahan gigi beraham bongsu, kesakitannya merangkumi gigi2 yang lain. Tiap kali sakit mesti pening kepala, nak tido pun tak lena. Amik pain killer pun lum tentu elok lagi. Lama gak tadi prosedur dia, mula2 kena cuck pelali la, pastu kena longgarkan tulang, then baru cabut. Dah tu kena jahit plak. Now mmg bengkakla kawasan gigi aku tu. Nk bercakap mmg tak selesa. Esok kena g jumpa doktor lagi, nak buat follow up. Siap dia bagi antibiotik dan pain killer. Semua kos dia RM280. Cash aku mmg tak cukup, kt klinik tu plak takde Credit Card. Terpaksala pi pinjam dgn my fren yang bawa aku pi klinik tadi.

Thursday, January 15, 2009

Tennis Tournament

Kelmarin dan semalam aku join tennis tournament, anjuran organisasi tempat kerja aku. Pertandingan dibuat diantara zon, fuh lega Zon kami menjadi juara keseluruhan walopon final untuk single belum lagi dilangsuungkan. Aku dengan partner aku juara untuk double, and unlucky aku kandas untuk semifinal single. Yela sehari sebelum tu aku dah menang double, mmg banyak game nak kena main. Yang bestnyer aku dh leading untuk single tu 5-1, kami main pro-set, sape dapat 8 dia yg menang, alih2 aku kena beat 8-6 hahaha. So unlucky. Perlawanan plak sampai sejam lebih, mmg penat gilerla. My opponent just join single jer, energy dia kuatla (huhu alasan sebab dah kalah hehe), tapi takpe my partner berjaya masuk ke final. So next week penentuan final dan aku plak terlibat gak untuk ketiga dan keempat. Mmg pnt sgt2, kulit pun hitam sbb main tgh panas. Kul 12 tghari main. Bayangkanla. Anyway kami tetap juara keseluruhan walopon partner aku kalah di perlawanan akhir nanti.