Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiridan berkata:'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'Lalu Allah swt berfirman yangbermaksud.. 'Tidak' Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun..
Setelah selesai Jibrail as solat, makaAllah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh-sungguh, dan tidak adaseorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.' Dia mempunyai umatyang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, danmereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayangbermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solatmereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'Kemudian Jibrail as berkata: 'YaTuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadatmereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermak!sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempattinggal...'Kemudian Jibrail as meminta izinkepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa. Setelah Jibrail as mendapatizi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya danterbang, setiap dia mengembangkan duasayapnya dia boleh menempuh jarakperjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikatjibrail as selama 300 tahun sehinggaia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawahbayangan sebuah pohon dan dia sujudkepada Allah SWT lalu ia berkata dalamsujud:'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuhjarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? 'Kemudian Allah swt berfirman yangbermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun danmeskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telahkuberikan kepada umat Muhammad terhadapimbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .
'Marilah sama2 kita fikirkan danberusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enamperkara iaitu :* Allah S.W.T telah menyembunyikanredha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam
1 comment:
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu)...
nak tahu solat apa dlm solat 5 waktu tu..?..nak tahu sgt2..sbb x tahu..
Post a Comment