Tuesday, December 16, 2008

Try baju untuk bercuti

Lama betul tak tlis blog, almaklumla busy and malas and mayb takde isu kot... tadi pi Quensbay sempat plak try baju2 yg sesuai untuk bawa pi Istanbul Jumaat ni.... Pilihla yg mane satu idaman kalbu.. aku berkenan betul yg lengan panjang ni.. Mula2 agak mcm tak kena bb stripe dia tu.. tapi bila pakai nampak smart plak hehehe.. So pe lagi sambar jele... Anyway doakanla keselamatan aku untuk ke Istanbul.. huhuhu. really hope everythings gonna be alright...










Friday, November 28, 2008

6 perkara yang Allah sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiridan berkata:'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'Lalu Allah swt berfirman yangbermaksud.. 'Tidak' Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun..

Setelah selesai Jibrail as solat, makaAllah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yangbersungguh-sungguh, dan tidak adaseorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai,namanya Muhammad.' Dia mempunyai umatyang lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, danmereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayangbermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solatmereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'Kemudian Jibrail as berkata: 'YaTuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadatmereka?'

Lalu Allah berfirman yang bermak!sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempattinggal...'Kemudian Jibrail as meminta izinkepada Allah untuk melihat syurgaMa'waa. Setelah Jibrail as mendapatizi n dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya danterbang, setiap dia mengembangkan duasayapnya dia boleh menempuh jarakperjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikatjibrail as selama 300 tahun sehinggaia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawahbayangan sebuah pohon dan dia sujudkepada Allah SWT lalu ia berkata dalamsujud:'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuhjarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? 'Kemudian Allah swt berfirman yangbermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun danmeskipun aku memberikan kekuatankepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang sepertiyang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telahkuberikan kepada umat Muhammad terhadapimbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .

'Marilah sama2 kita fikirkan danberusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enamperkara iaitu :* Allah S.W.T telah menyembunyikanredha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S..W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

RAHSIA - RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsiakeajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum.Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formulaini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dantelur.

Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dankekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quranmengiktirafkannya sebagai " shifa '" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat kebanyakkanpenyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yangpenting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon,magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin,mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa inginhafal,hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia bolehmenghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu.Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darahbagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudahmengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesanjika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukanuntuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelasmakanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Iaberkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susuboleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaikuntuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yangdibacaoleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjagakesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungiprotein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air,choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang Nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. MakaAllah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahantenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakanmentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambahkekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yangmemakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayudahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasanterutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapatbercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yangsegar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungikadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaikidarah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja beratserta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenisvitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya,pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak.Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka.Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA ( CROCOS SATIVUS ) Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual dikedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH ( kemenyan serani/luban/ kundar ) Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabis.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkanmemasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI ( MAJALAWI ) Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantitiyang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Thursday, November 27, 2008

Meeting at Brunei

Hari ni hari paling bahagia aku rasa, sebab meeting yang sepatutnya berlangsung di Brunei pada Isnin - Rabu minggu hadapan dibatalkan pada saat2 akhir. hehehhehehe. Semuanya atas sebab kekecohan di Bangkok yang menyebabkan penerbangan delegasi dari Bangkok yang juga merupakan sekretariat untuk mesyuarat tersebut terpaksa dibatalkan. Dan ditunda ke Februari 2009, aku harap sangat2 lepas ni biarla orang lain jer yang kena pi Brunei tu. Yang bestnyer aku dah siap masukkkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank aku hari ni. Huhu tup tup kena bayar balik. Tapi takpe tak kesah, bayar jele balik bukan susah pun. And the best thing is aku takyah tidor sebilik dengan my big boss, hehehe segan siot.

Monday, November 10, 2008

Pembetulan- Sebab kes tension di tempat kerja

Huhu,, selepas mendapat penjelasan sewajarnya berkenaan confirmation,, baru aku sedar..actually there is a technical thing yang berlaku... aku belum boleh disahkan kerja sebab evaluation aku belum cukup 4bulan.. kalaulah aku masuk kerja sebelum 31/08 chance aku untuk disahkan jawatan memang ada.. Disebabkan aku masuk kerja 1/9 so tak boleh.. Ini kerana tak cukup 4bulan bekerja.. huhu.. what a waste kan.. satu hari jer efek satu tahun confirmation.. ape nak buat.. nasib badan

Tuesday, November 4, 2008

Arghhhhhhhhh tension dengan politik di tempat kerja


Tension sial, politik di tempat kerja. Aku ni dahla masuk kerja lebih kurang samaje dengan opismate yang lain. yang membezakan 1 bulan dan 2 minggu je. Tapi diorang semalam dah dipanggil interview untuk confirmation. Tapi aku????? terus menunggu dan menunggu entah bila untuk disahkan dalam jawatan. Aku bukan pe. Aku memang perlukan pengesahan dalam jawatan tu sebab aku nak buat loan rumah, kereta dan sebagainya. Kalo tak kerana tu, takdele aku beria sangat nak bengang kan. Entahla. Agaknya ni la kot dinamakan rezki. Mayb rezki aku belum sampai lagi. Lagi satu aku ni tak reti nak baik2 sangat dengan bos.. Nak bodek2 memaang tiada dlm kamus hidup aku. Apa2 pun, aku berserah jele. Harap2 lepas ni kalo ade offer yang lebih bagus, aku akan pertimbangkan, aku rasa mayb jasa aku di sini tak ada sapa yg nampak kot.

Thursday, October 30, 2008

Aku dalam dilema

Lamaaaaaaaaa betul tak tulis blog.. disebabkan terlalu busy ataupun mood tu dh hilang, ataupun mayb tiada perkara penting yang nak dikongsikan. Aku betul2 dalam dilema sekarang ni. Memilih bakal2 calun untuk jadi teman hidup disisi.Sebelum ni tak terlintas dalam fikiran pasal benda2 ni semua. Bila aku suarakan yang aku ni memang single, ramainnyer teman2 sekeliling yang nak rekomenkan kat aku pompuan2 yg diorang fikirkan sesuai untuk aku. The best thing is my boss pun sama. Huhu. Now kalo termasuk dia dah 7 orang "recommender", (haha main blasah word tu, pedulik hape betul ke salah). Tapi "recommendee" more than 7 la. Now pilihan my boss aku dh jumpe pun. Tengok dalam gambar kira memenuhi citarasa la kan. bila jumpa in person, tak sama macam dalam gambar. Now aku dah dalam dilema, my boss beria-ria nak jodohkan aku dengan budak tu. Adoiiiiiiiiiiii sakit kepala (ala2 iklan panadol). What should I do now? a) Buat donno
b) Menjelaskan keadaan sebenar
c) Pergi kat boss dan kata " she is not my type ok" (dengan angkuhnya), hehehehehehhe
d) Menjadikan pompuan lain sebagai pelakon dan buat2 jumpe bos aku, katakan " she is my future wife".

Any comment or suggestion?, Give me the answer and why?

Sunday, October 12, 2008

Kembali ber blog

Haha rasa lamaaaaaaaaa sangat aku tak tulis di blog ni.. bukan pe sebab terlalu busy... hari ni pun sempat gakk g 2 rumah terbuka.. makan giler kenyang. Sampai nak demam rasanya. Aku just nk kongsi jer few pics yg di snap mase hari raya yg lepas.

Gambar raya, ni pun ade lagi yang takde dlm pic ni. Adik aku 2 orang lagi boleh pi tido pagi raya, adik aku sorang lagi tak balik-raya keempat baru dapat cuti, dan abang aku dan famili dia lum balik beraya. Ni pun dah ramai kan. Sumer 11beradik famili aku.



aku suke betul pic ni. nampak lawaaaa sangat hehe

Yang ni mercun naga, so nice








Tuesday, September 16, 2008

Anda pasti anda CINTA dia?

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai hatinya?Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya keranakamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk tak terhingga?Yang demikian itulah namanya CINTA.

Saturday, September 13, 2008

Cont- Bangkok Tour

Ni la rupanya bilik tido aku... ok jele..yang bestnyer tingkap ade.. tp takde view.. sebab dinding terus.


Pose jap kat katil

Bilik dia ok... agak selesa

Yang ni lampu tido... haha

Thursday, September 11, 2008

Finally


Finally dapat gak aku install Adobe Photoshop Cs2 kt PC aku. Semalam dh beli Cs3 tapi CD corrupt. Aku g tukar balik kt kedai. Pastu amik CS2. Now dh okla.. lani baru nak blajo. banyak sangat kena blajo. Hahaha lepas ni kena pinjamla buku kat library buat panduan image editing. Ni la hasil salah satu pic aku.

Souvenirs from oversea

Hari ni tiba2 excited pi korek laci kat opis ni. Pastu jumpele semua souvenir yang orang kasi dan yang aku beli kat luar negara. Hehe Yang ni aku beli kat Gold Coast dulu


Yang ni aku beli kat Shanghai



Ni hadiah dari my bigbos yang dah bersara, dia beli kat Darwin, South Africa


Yang ni hadiah dari my first boss. Time tu dia g conference kat Korea


Yang ni hadiah dari my ofismate. Pi Singapore pasal keje.

Tuesday, September 9, 2008

Haha dok tunggu nk claim baggage



Bosan lama gak..sempatla posing.. ni la first pic aku di kota Bangkok

On the way ke hotel. Driver teksi tu nama dia Abdullah. Tak sangka muslim ramai kat sana.

Siap dia tunjuk banyak masjid2 kat Kota Bangkok ni. Rase ade dalam 5 buah masjid on the way g ke hotel aku tu.

Driver teksi bagitau yang anak dia blajo kat University Islam kasim Bundit tu.

Highway kat bangkok ni canggih kalah Malaysia. Semua smooth and silky je hehehe.

Kemajuan metropolis Bangkok

Sempat gak snap pic tol dia..kne 20baht

orang siam ni punyala taksub dengan raja dia.. pi mana2 pun mesti de pic raja atau Queen dia.

pic menarik. Agaknya kalo kerajaan BN Pas yang join akan tukar jadi cmnila kot warna dia. Hahahaha. Tapi tu actually tempat tunggu teksi.

Hari bertolak ke Bangkok 22/08/2008

Jumaat 22/08/2008..Kami bertolak ke Bangkok, jam 8.25am. Ni la 1st experience aku naik Thai Airways.


Ni la flight yang kami naik

Sempat lagi pose sebelum naik flight


Suasana dlm Airbus A330


Pose dlm flight hehe


Nice view diluar flight


Time ni flight ni dh mula sampai kt area phuket tak silap aku

Lawa betul area Bangkok ni, tengokla sawah dia. patutla diorg banyak beras



Sunday, September 7, 2008

Baju raya

Hari ni aku g Aloq Staq... punyala semngat pi cari baju raya kat Pekan Rabu,, hehe... finally jumpe gak yang berkenan,,, harap2 okla dengan aku.. hehe.. dlu aku janji nak upload pic kat Bangkok.. hurm lama2 jadi malas plak.. kalo rajin kenela g tengok kat myspace aku... pic kat bangkok aku upload kat situ je...

Friday, August 29, 2008

Pose of the day


Hari ni dalam sejarah aku pakai baju melayu mai opis. Kawan aku yang ajak pakai, so pakai jele. In fact dah lama niat pun. Bukan pe senang ckit kalo pakai baju ni takyah tuck in. Bos aku siap perli, katanya macam mufti huhu.

Berita sedih untuk aku

Rasanya lama sangat dah aku tak menulis di blog ni. Actually macam2 yang terjadi selema seminggu tidak menulis. Khamis 22/08/08 aku dapat sms dari adik aku mengatakan Tok (nenek) aku mendapat strok. Time tu aku tengah meeting. Aku jadi panik. Taktau nak bagi respon apa2. Lepas a few minutes baru aku mintak excuse dari my boss untuk call my family jap. Lepas call terus je, aku ajak my fren untuk tolong hantar aku balik kampung. Nasib baik dia sudi hantar. Aku terusje ke hospital Baling. Terus jumpe tok aku. Dia dalam keadaan keliru. Sian aku tengok. Muka dia pucat. Tangan dengan kaki dia kebas2 lagi. Aku tanya pape2 pun dia macam takleh nak recall. Dia just tau few words je. "Takpele" tu je dia cakap. Then my maksu pun mai gak melawat dari Penang. Lepas tu terus aku ajak adik aku balik ke rumah jap. Sian gak kat dia tunggu Tok aku dari pagi. Dan petang tu aku g gak melawat dia lagi skali. Alhamdulillah aku tengok ok ckit. Petang tu gak aku balik Penang sebab esok tu aku nak ke Bangkok. Tunggu my experience di Bangkok nanti. Banyak pic2 menarik disana.

Wednesday, August 20, 2008

Hurm so busy

Sejak akhir2 ni aku dah jadi mcm malas je nak tulis dalam blog. Bukan pe sebab dah penat kot. Ni je a few pic aku snap untuk tatapan dalam blog aku ni. Hari Jumaat ni aku akan bertolak ke Bangkok melalui Thai Airways, akan berada di sana sehingga Selasa depan. So harap everythings gonna b ok la kat sana. Aku dapat berita yang my big boss nak minta aku accompany dia ke Brunei plak hujung tahun ni. Hurmmm. ikutkan hati malas je, lagpun hujung tahun ni gak ade trip ke Turki. Harap2 jangan clash dgn trip ke Turki tu sudahla.
Same office but different day, how do I look?








Pic selepas menjadi petugas konvo hari Sabtu 17/08/2008




Gambar sekitar dinner mase birthday aku di Victoria Station - 15/08/2008