Friday, July 17, 2009

Kenali Lelaki Melalui Pergerakan

Mengganggukkan Kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan Badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan Tangan Dan Badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka Berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.


Memandang Mata
Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

Sensitif Pada Jarak
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru Gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.

Saturday, July 11, 2009

Sorry

Aku dengan ini menarik balik kata-kata hipokrit yang aku hamburkan, aku minta maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan gaya penulisan aku sebelum ini. Persahabatan itu amatlah penting, bukan kerana untuk dipandang dari segi material tapi dari sudut yang lebih dalam, iaitu hati. Aku memang tak pernah lupa mendoakan kebaikan untuk sahabat ketika aku berkesempatan menunaikan umrah tempoh hari. Kepada yang memikirkan aku ini sahabat aku harap biarlah keikhlasan dalam persahabatan itu sentiasa dipupuk, disemai dan dikunci di dalam hati.

Sorry to my dearest friend.